Salam kasih buat Rasul junjungan, buat sahabiah, para tobi', tobi' tobie'en...jazakumullah khairan khathira. Atas rahmat dan kesungguhan mereka, makanya kita dapat mengharungi kehidupan sbg hamba Tuhan namely Muslim..Alhamdulillah.
Semalam, Psycfor buat sedikit solat hajat dan bacaan Yaasin termasuk sedikit usrah. Alhamdulillah, walau bilangan kami tak banyak mana namun, kebahagiaan bila bersama dlm satu halaqah tu tampak serinya. Allah menginspirasikan kami berdiskusi ttg satu tajuk yg rapat dengan kematian..'BAGAIMANA nak MengHADAPI ORANG yg sedang NAZAK?' Semua kami berkongsi cerita, dan ada yg mengalir airmata mengingat kembali kenangan bersama insan tersayang. Aku pun terharu sama, teringat bagaimana pula jika waktu itu melanda. Mak? Ayah?
Jauh di benak..aku mengagumi setiap dari senior yang ada. Bersyukur kenal abg Zul Roslan. Dia banyak timpakan impak dlm minda ku. Namun, sayang sekali kerana dia bakal grade sem ni, banyak yg ingin aku kongsikan dan tanyakan, tapi…
Yang lain pun, terima kasih kepada antum sekalian. Bersyukur terpilih utk mendiami bumi universiti ini. Walau kadangya aku alpa, namun sahabat yang baik takkan biar aku terus menghadapi dusta. Allah inginkan kita membina ukhuwwah mahabbah. Jangan jauhkan kami dari rahmatMu wahai Tuhan...
Alhamduliilah, kami semua dapat berkumpul bersama dan ramai sebenarnya yg hadir adalah mainboard lama. Berbaik sangka, mungkin sahabat yg baru ada kerja yg lebih penting..tak mengapalah. Abg Zam dengan baiknya menghulurkan sedekah..hehe! KFC jadi menu utama kami, berselang dangan pelbagai makanan di tengah bulatan. Terima kasih Tuhan kerana menemukan aku dengan sahabat ini semua. Aku perlukan mereka sebagai pembantu dan kekasihku di jalan mujahadah ini. Sahabat itu..bila dia menegur salahku dan membantu aku membina kendiri mulia. Sahabatku..bila kami bercerita dan berkongsi segala. Moga kita akan bersama kecapi redha dan kebahagiaan yang DIA janjikan..ameen!
Cukup sampai di sini, peperiksaan makin hampiri. Nak barjaya atau tidak? Pastinya hanya aku yang dapat menjawab persoalan itu..wallahua’lam
No comments:
Post a Comment